Monday, November 21, 2011

Saturday, November 19, 2011

nilai....

hargailah seseorang yang mampu menghargai keluhuran hati kita.. tinggalkanlah mereka-mereka yang tidak mampu menghargai dirimu.. kerna dalam hatinya hanya mengingini hati dan hidupmu hancur.. hatinya tiada belas kasih.. hatinya hanya mementingkan kepentingan hatinya tanpa mempeduli sekelilingnya... hatinya buta... mereka mengingini hanya diri mereka sahaja dikasihani.. tiada gunanya kita tinggal di sisi orang seperti ini kerna hati mereka buta dan penuh dusta...   
Berikanlah hatimu kepada mereka yang tidak pernah mendustai hatimu, kerna hanya mereka sahaja yang tidak buta hatinya...
Mereka yang buta hatinya selalu melihat kelemahan pasangannya lantas memburukkan pasangannya di depan orang lain, tetapi berpura-pura baik ketika berhadapan dengan pasangannya...

Monday, March 21, 2011

kembali...

salam hadir kembali.. mencari debu-debu sekeping hati.. sekeping hati tidak mengerti mengapa salam kembali menyapa dirinya sedangkan sekeping hati kini telah hancur luluh..
salam.. mengapa engkau harus mencari debu-debu yang sukar dicari?
sekeping hati takut untuk menerima salam kembali menjadi sahabat.. mungkin kesilapan kali kedua bakal menjengah di ruang sekeping hati? sekeping hati sebenarnya ingin melupakan dan memadamkan segala memori tentang salam.. tapi salam takut dibenci dan masih mengingati sekeping hati.. salam masih mengingini sekeping hati hadir sebagai sahabat dalam hidup salam..
sekeping hati takut terluka.. namun.. salam persahabatan itu disambut dengan hati yang berat..
semoga satu masa nanti salam bisa melupakan sekeping hati.. masa akan membawa semua sesalan mu salam.. janganlah menoleh lagi.. hargailah permata yang kini kau genggami.. lupakanlah kaca yang hanya akan membebani hidupmu.. satu masa nanti.. pasti salam akan melangkah pergi jua dari kamus hidup sekeping hati..

Tuesday, March 1, 2011

Saya bukan hachiko untukmu lagi...

Sekeping hati yang pernah dipersiakan..  cuba meraih lembaran baru dengan nafas baru.. pergi dan kembali ke pangkuan tanah kelahiran.. berharap suatu masa nanti sekeping hati ini tidak mungkin menjamah sepi lagi..
Jerih payah menyusun dan menyambung serpih-serpih hati yang retak kini memberi hasil.. sekeping hati yang dulu seringkali berteman aimata kembali berlagu dengan gembiranya.. menemui insan baru yang sudi menghulur salam persahabatan telah membalut bekas-bekas luka yang masih berdarah..
Kegembiraan sering menyapah hari-hari yang mendatang dalam kamus hidup sekeping hati..  senyuman hadir bersama ikhlasnya hati saat terbitnya matahari menyinari setia pada bumi di siang hari.. hari-hari yang dilalui dijalani penuh bermakna sambil menyulam benang kasih mengganti perit hati yang sepi dulu
Salam yang dihulur diraih penuh syukur, moga hati mampu memberi yang terbaik untuknya.. salam dihujani dengan kasih penghargaan namun masih berjurang kerna takut salam akan terluka lagi dengan kisah silamnya yang pernah membuangnya jauh dari hidup insan yang pernah disayanginya.
Namun.. kegembiraan yang hadir tidak mampu bertahan.. kerna tanpa disedari.. salam telah lama disapa oleh hati lain yang ternyata menyedari akan keperitan lama dalam hidup salam sebelum ini.. sekeping hati terkilan mengapa salam harus menyembunyikan tentang hatinya telah lebih dahulu disapa oleh hati lain
Sekeping hati masih tidak mengerti mengapa salam harus berbuat demikian terhadapnya.. mengapa mesti memilih sekeping hati? Sekeping hati yang hampir sembuh kini mulai berdarah kembali.. serpih-serpih kecil kembali berderai satu persatu.. hancur segala pengharapan meniti lembaran baru.. serpih-serpih rapuh itu akhirnya mereput berubah menjadi butiran halus.. hilang tanpa jejak saat angin lembut bertiup menyapah sekeping hati.. sekeping hati tidak mungkin bercantum kembali untuk melihat dunia lagi.. sekeping hati gagal meraih lembaran baru dan tidak mungkin menjadi hachiko buat salam lagi….

Thursday, January 27, 2011

sekilas dari pena serpihijau...

sejenak...
pena yang ligat menari
kini terhenti..
terlintas kembali
memori yang lama menyepi..
pantas seperti nadi..

kata yang sinis, kata yang manis..
seperti hari ini mendengar..
hati ini pernah pilu.. sayu..
hati ini pernah ketawa, pernah gembira..
kenangan yang terpatri silih beganti
semuanya berlaku di situ..

aku mengorak langkah,
biarpun perlahan ataupun pantas,
sesekali tersadung.. namun berdiri semula
kadang berada di hadapan..
namun bukan selamanya memegang taktha
kerana
perjuangan ini harus dikuasai oleh usaha gigih
tersilap langkah
kecundang akhirnya..

demikianlah..
aku hidup sebagai pelajar
merentasi onak duri tidak terperi
demi mengejar ilmu duniawi
namun
bukan ditempuhi seorang diri
tetapi ditemani insan sejati