Thursday, January 27, 2011

sekilas dari pena serpihijau...

sejenak...
pena yang ligat menari
kini terhenti..
terlintas kembali
memori yang lama menyepi..
pantas seperti nadi..

kata yang sinis, kata yang manis..
seperti hari ini mendengar..
hati ini pernah pilu.. sayu..
hati ini pernah ketawa, pernah gembira..
kenangan yang terpatri silih beganti
semuanya berlaku di situ..

aku mengorak langkah,
biarpun perlahan ataupun pantas,
sesekali tersadung.. namun berdiri semula
kadang berada di hadapan..
namun bukan selamanya memegang taktha
kerana
perjuangan ini harus dikuasai oleh usaha gigih
tersilap langkah
kecundang akhirnya..

demikianlah..
aku hidup sebagai pelajar
merentasi onak duri tidak terperi
demi mengejar ilmu duniawi
namun
bukan ditempuhi seorang diri
tetapi ditemani insan sejati